Wednesday, August 27, 2003

Aku bangun pagi tadi bingit betul kepala. Semalam aku tidur lewat lagi, walaupun hari sebelumnya aku tidur lewat. Ini akan menjadikan jumlah tidur sebenar yang diperlukan semakin mengecil.

Macamana nak cakap? Letih nak tidur tapi takleh tidur? Semalam, aku dah takut aku kena insomnia. Tapi tak setakut hari tu, masa aku tidur, dan fikir pasal mati. Bila nyawa dicabut badan dan segala dunia berubah. Aku pernah mimpi pasal benda ni masa aku tingkatan 3. Tapi aku taknak cerita panjang pasal ni sekarang, sebab aku tengah time kerja.

Aku tengah buat satu solution guna linux. Semua komponen aplikasi dalam linux aku tu kena compile semula. tak boleh nak ambil standard distro compilation. satu-satu kena buat. howto documents, man pages, usenet habis aku redah. compile kernel dah lebih 7 kali, sebab tersilap parameterlah, module yang diperlukan tak compile sekalilah.

sesetengah standard module takleh pakai, sebab tak bagi performance yang diperlukan. kena cari module lain. sesetengah tu aku tambah code aku sendiri sebab nak kena customize, nak pakai non-default port settings, memory buffer ngade2 gi besarkan, compile dengan crypt algorithm lain. so tu baru komponen2 yang diperlukan.. belum lagi yang aku kena code sendiri dari scratch.

tapi aku memang dasyatla. pendek cerita. adus riaknya. haha

Tuesday, August 26, 2003

Barang mainan affan yang aku jadikan wallpaper. Semua dari sesame street, ernie, oscar the grouch, count dracula.

Monday, August 25, 2003

My sympathies go out to the people who were involved in the accident at Jalan Serendah-Ipoh. The baby died today, and I felt so sad.

Read the details today, and it seems while K. Amurugam was trying to overtake the lorry, there was incoming traffic. He didn't manage to retreat back, and hit the lorry's wheels Which lead to the lorry flying way up in the air, and smashed on top of the van and satria. I've seen this happen before, but it was between a couple of motorbikes. One bike hit the other bike's back wheel, and the bike which got hit flew up in the air.

Well, in this case, I've seen young indian chaps like K Amurugam drive. It's like they are the only ones who have cars. (probably true in their whole macro family). Normal people would drive to go somewhere, these crazy people, they drive to show off.

This is supporting evidence of the Lady & Indian Drivers Theory:
Pemandu-pemandu berikut diklasifikasikan memandu berbahaya:
1. Lady Driver
2. Indian Driver
We can also conclude that, the most dangerous of them all is a Lady Indian driver. You'd better pray for your safety if you see one of these on the road, thinking what a K Arumugam did.

Nauzubillah.

Ajal tetap ajal, tetapi amalkan pemanduan selamat. Allah s.w.t. tidak suka pada orang yang takabbur.

Saturday, August 23, 2003

Hari tu aku tulis pasal merojakkan bahasa melayu dan aku menulis hujah-hujah yang aku rasa berkaitan dengan survival bahasa melayu. Kemungkinan ada pembaca yang salah faham mengenai niat aku menulis. Tapi sebelum aku sambung apa yang aku fikirkan, aku nak cerita suatu senario yang aku lalui semalam semasa bawa famili aku shopping di KL.

Selalunya bila bini aku shopping, aku akan berkeliaran tempat lain. Contohnya ke tempat electronics, buku, kedai gitar atau tempat mainan(wohoho.. best gile tempat toys). Semalam aku berkeliaran dengan affan. Bagi affan naik satu ride kereta seringgit. Seronok betul dia, ingat dia bawak kereta betul. Lepas tu jalan punya jalan, jumpa pulak tempat nursery, banyakla budak2 dan parents(biasanya bapakla) kat situ. Memandangkan bini aku shopping satu kompleks, aku dan affan lepakla kat situ.

Affan seperti biasa, ingat dia budak besar. Nak main semua benda. Mainan kat situ semua Little Tikes yang taja, so nampak memang bestla ada kereta, slide, rumah kecik. So kat situ, macam aku cakap, ramaila bapa-bapa yang jaga anak diaorang. Dan sambil-sambil main dengan Affan, aku perhati cara komunikasi bapa lain kepada anak-anak.

Kebanyakkannya cakap english dengan anak-anak, walaupun diaorang semua melayu. Tapi english rojak la. Aku sorang je cakap melayu dengan Affan. Aku jugak perhatikan nama-nama yang diaorang bagi kat anak-anak dieorang.

Agak kebaratan, dan ini bukanlah sesuatu yang aku bayangkan apabila aku menulis artikel mengenai bahasa melayu sebelum ni. I did feel that I lacked some sort of finesse when I wrote the article, yesterday night confirmed it.

Bila aku cakap kat bini aku, aku tanya kat dia, kenapa parents muda macam tu? Nampak macam trying to potray their modernity and 'sophisticatedness'. Aku tahu, aku pun menulis dan cakap rojak, tapi bila aku tak jumpa perkataan je, ataupun ayat tu lebih sesuai dalam english, ataupun just sheer being used to some words. (ayat tadi memberi contoh)

Tapi honestly, aku rasa disturbed dengan apa yang aku nampak semalam. Aku tak tahu kenapa???

Biarkan aku bertapa fikir pasal benda ni.

Hmmmm...... aku rasa aku tahu kenapa... sebab dia tak nampak natural (komunikasi tersebut). Yep... macam buat-buat.

Aku sebenarnya masih konpius.

Thursday, August 21, 2003

This is taken from the usenet: soc.culture.malaysia

>Media Statement by DAP National Chairman Lim Kit Siang in Petaling
>Jaya on Tuesday, August 19, 2003:
>
>Abdul Kadir, Mohamed Nazri, Ali Rustam are among the Barisan Nasional
>leaders who should be sent to a compulsory basic civics course to
>understand that flag-flying and waving is not the yardstick of
>patriotism

It is.

If the cinaman can wave banners during chinggay and such other cinaman
ceremonies why can't they display the Malaysian flag during Merdeka
month.

This goes to show they are not client of Merdeka but supporters for
the Malayan Union.

So they say their contribution to patriotism is by developing the
country. Horse manure, if not to line up their pocket first and to say
what a big project or building I got.

You notice something, on National Day celebration or other such
activities in public like in the Detaran Merdeka padang there will not
be many chinaman coming in as spectators. Only the majority Malays and
some Indians will be there.

They rather stay at home to show their defiance and watch pirated vcd.

If the Minister says fly the flag better do so. Don't incur the wrath
of the Ketuanan Melayu. If not they'll just one fine day pass a law
that there be no more banner waving dragon dance and other cinaman
association ceremonies.

What the Minister says is true most chinaman don't care a s_hit about
this country accept to line up their pocket with money.

-end of usenet posting-

Wednesday, August 20, 2003

Sapa nak cari weapons of mass destruction? Bush ke? Dia lupa nak cari kat goole ada ke tak weapons of mass destruction kat Iraq sebelum serang iraq hari tu.

Utk orang-orang lain, sila taip "weapons of mass destruction" kat google. Tapi jangan tekan google search. Tekan "I'm Feeling Lucky". Pastu tengok jumpa ke tak jumpa weapons of mass destruction tu.

Masa tengah driving ke rumah mak aku, aku adalah mengelak satu "man-hole". Bini aku marahla sebab bawak cam giler konar. Aku kata aku tengah elak man-hole.

"Man-hole?" dia cakap. "Dulu abang ajar benda tu nama dia 'rumah ninja-turtle'. Doklah cakap 'rumah ninja turtle kat orang'. Sekarang baru tahu benda tu namanya man-hole.", dia cakap. heheh...

Member aku ada la cerita pasal "Ada apa dengan cinta?", drama indon tu tahun lepas. Masa tu tak glamer lagi kat malaysia. Dia tengok ikut vcd. Dia kata ramai orang tengok cerita tu. Member2 laki dia pun kata best giler cerita tu. Wah aku jadi pelik. Camana jantan2 pun boleh layan chick flick tu. Mesti best maut cerita tu. So janji nak bagi aku tengok cerita tu, tapi janji tinggal janji la.

Sampai la dia keluar ikut tv hari tu. Aku ngan bini aku pun tengoklah.

Kalau tak pasal ada subtitle kat bawah tu, sepatah haram tak faham apa diaorang cakap. Overrated.

Tuesday, August 19, 2003

Sekadar perbincangan dan pendapat aku sahaja. Aku dapati, isu perjuangan bahasa melayu kita banyak diajukan dalam surat pembaca surat khabar. Tentang bagaimana bahasa melayu menjadi bahasa kelas kedua di Malaysia. Tempat kerja, kedai, buku dan lain lain. Dan dalam surat-surat tersebut, menyatakan khuatirnya hilang bahasa melayu dari muka bumi. Bagaimana masayarakat merojakkan bahasa melayu dengan english. Dan kenapa Bahasa Melayu tidak boleh dijadikan bahasa ilmu dan sains. Juga menyalahkan penyerapan istilah english ke bahasa melayu (e.g diskusi vs bincang).

Pendapat aku: biarkan saje. Biarkan saje bahasa melayu berkembang. Jangan dikongkong.

Jikalau kita bercakap pasal survival bahasa melayu, biarkan ia sesuaikan diri dengan masa. Biarkan pengalaman komunikasi kita dengan masyarakat luar mempengaruhi bahasa kita. Jangan jadikan bahasa melayu tidak kenyal(fleksibel). Sebab kalau ini berlaku, bahasa melayu lambat-laun tidak mampu atau bertenaga dalam komunikasi. Jangan ingat kita saje yang adapt perkataan luar ke bahasa kita. Masa zaman mat salleh menuntut dengan orang arab, banyak perkataan arab dienglishkan juger, e.g (Al-Ard=earth).

Jikalau kita bercakap pasal menjadikan bahasa melayu bahasa sains dan ilmu, perjuangkanlah sains dan ilmu dahulu. Kenapa German & Jepun boleh? Mereka adalah negara-negara yang terlibat dalam perang dunia dan pengekalan bahasa dalam sains adalah disebabkan kerahan teknologi dari masyarakat tempatan diaorang semasa perang. Dan ini pun tidaklah bagi semua bidang sains. Sebagai contoh, US pelopor teknologi maklumat, german dan jepun pun ada ambil istilah english dalam IT.

Kita adalah bangsa yang menuntut dengan orang lain, teknologi orang lain, sudah tentu penamaan dan istilah dari orang lain. Kita boleh terus mendefinasikan download kepada muat turun atau joystick kepada bebatang ria @ kayu ria, tapi nampak gayanya, sesetengahje sesuai. Melayu suka mengamok, dalam english ada phrase run amok.

Kenapa kita perlu fokus kepada isu bahasa melampaui batas? Man-manlah. Yang sepatutnya kita fokus, ialah macamana kita nak berkomunikasi dengan efektif, memudahkan pembelajaran dan penyerapan ilmu kepada masyarakat kita, memajukan bangsa.

Beberapa perkara utk difikir:
1. Takkanlah bahasa melayu atau mana2 bahasa boleh kekal seperti 100 atau 500 tahun dahulu? Apa kao chakap?(atau 50 tahun dahulu)
2. Pertembungan budaya dan perhubungan antarabangsa dah tentu akan mempengaruhi bahasa kita dan bahasa2 lain dalam dunia. Zaman internetkan ni.
3. Penghasilan teknologi dari asalnya, akan membentuk istilah. Biometrics apa dalam bahasa melayu? Biometrik. okla kita ambik. janganlah jadi Ukuran Sifat Asli Manusia atau apa, tidak direct kepada maksud sebenar atau jadi langsung tak faham. Istilah-istilah kita pun orang luar ambik, contohnya sate.
4. Adakah peraturan-peraturan ketat untuk bahasa melayu menjamin masa depan bahasa melayu? Utk pejuang-pejuang bahse melayu, kenapa kita terima pakai Perdana Menteri (direct translation dari Prime Minister). Sepatutnya Menteri Perdana. Tapi kita dah serasi, so kita pakailah. Bukannya orang tak faham.
5. Penggunaan bahasa melayu di jabatan kerajaan memang terkawal. tetapi di swasta, bukannya banyak syarikat kita? yang ada pun memang terikut syarikat-syarikat swasta lain milik bukan melayu. kenapa bukan melayu nak perjuangkan bahasa kita? cina sama cina pun tak cakap cina dah.

Sebenarnya bahasa kita akan pupus, kalau melayu kekal lemah (bangsa tak penting, sapa nak tahu bahasa dia?) Sebaliknya menumpukan kepada kemajuan ummah dan bangsa akan mengekalkan bahasa kita.

Tetapi yang sebenarnya, perjuangan bahasa adalah prioriti di bawah perjuangan ummah dan bangsa.

Bercakap pasal kereta tak pakai bendera mesia. kenapa la tak pakai... aku pun. heheh. Yang aku perasan, kalau yang letak bendera malaysia tu, over sajer, dengan 10 bendera atas bumbung, dengan satu lagi atas bonet kereta

Tapi dalam banyak2 yang aku perasan bila bawak kereta adalah sticker-sticker yang orang tampal. Antaranya, ada kancil ni letak sticker, "When I grow up I want to be a mercedes". Lain yang pelik ialah, lori sampah,"Aku Pasrah". Aku pun tak faham apa yang dia nak sampaikan dengan "Aku Pasrah". Samada driver lori sampah tu yang pasrah jadi drebar lori sampah, atau lori tu yang pasrah jadi lori sampah.

Pastu yang koman2 macam, "mafia's offical car", "SPARJO", "Tuned by Chong Kek Wai cina pomen" dan lain-lain.

Sunday, August 17, 2003

yep betul kata Mat Jan, peribahasa aku salah. Memang patutla aku confuse maut.

So, aku kena buat something (kerjalah), sepatutnya aku siapkan hujung minggu lepas. Duduk rumah bukak notebook, buat planning, rasa nak main golf la pulak.

Last kali pergi jamming dengan member2 lama. Best giler.

Balik pada tu baru boleh buat. (kul 2 pagi).

Friday, August 15, 2003

Polis sahkan tujuh pelajar belasah rakan

Kesiannya baca pasal budak ni kena belasah kat sekolah sampai buah pinggang dia doktor kena keluarkan. Sebenarnya apa fungsi kita adakan sekolah asrama?

Kumpul budak2 yang terbaik, duduk setempat dan bagi cikgu, fasiliti yang paling bagus untuk dieorang belajar? Mungkin itu tujuan asasnya, tapi rupernya bila kita kumpulkan remaja ramai2, timbul masalah lain pulak. Masalah ramai yang bercita-cita nak jadi gangster, nak tunjuk kuat.

Bolehke cikgu dipersalahkan dalam semua masalah disiplin pelajar? Tidak berdisiplin atau berperilaku buruk adalah disebabkan lacking nilai-nilai murni. Sedangkan terdapat parents juga mempunyai masalah dalam mendidik anak2 menjadi baik, bagaimana pula cikgu atau sistem sekolah dalam mendidik ratusan pelajar dalam satu sekolah. Sampai ke nilai2 yang sepatutnya sampai?

Siapa yang dapat rapat dan tanam ideologi ni kepada remaja2 semasa mereka berada kat sekolah berasrama? Kawan-kawanlah, sape lagi. Dengan pemikiran yang tak matang, membentuk ideologi asas survival dalam hidup berkomuniti. Timbullah kenakalan... hmm.. istilah sopannyalah. Yg sebenarnya, gangsterisme.

Berlindung disebalik "kenakalan", kind of seems cute eh? That's why they're doing it. To get attention.

I've been to a boarding school and saw how my closest friends turned to being those people who like to show how tough they are. How "a part of the gang" they are. And these people are the ones who gets the whole batch being labelled bad. And everybody "had to cover for them", because it's a "friendship thing".

And after school, going to universities, I saw them fight hard to maintain their status as "community leaders". There was once this guy, had a fight with a girl at his matrics college, spoke out, "Kau tahu tak aku dulu gangster kat sekolah?". The girl just laughed back. It's sad.

Nope, you're not going anywhere with your status as "gangster sekolah". That's for sure. Kepada yang berpuak2 kat sekolah terdiri dari kumpulan2 yang popular dan kononnya kuat, believe me when I say: You'll end up very weak as an individual. Sebabnya, bila dalam berkumpulan rasa kuat sangat, bila kena attack sorang-sorang, menikus. Tak independant, pengecut dan tidak mempunyai fikiran sendiri.

Google Toolbar Installed

Just got the new google toolbar, with blogging features and it blocks pop-up ads in IE. I had to use opera web browser for a while because I hated pop up ads. So if this google toolbar really block pop up ads, I'll just stick with it.

Thursday, August 14, 2003

Sorry la brader spyz aku macam biskut tahun ni heheh.

So tadi terfikir, kenapa ramai sangat orang pelik pasal orang muka sama. Macam orang kembar seiras. Sebenarnya yang lagi pelik, kenapa kita semua tak muka sama? Itulah kekuasaan Allah s.w.t, walaupun 5.9b orang yang ada di muka bumi sekarang, kita jarang jumpa dua muka yang sama. Kecualilah adik engkau yang duduk kat rumah tu kembar seiras, memang hari2 jumpa.

Carilah bukti kewujudan dan kekuasaan Allah dalam kehidupan seharian kita.

Saturday, August 02, 2003

Affan Bau Butter
Affan Bau Butter,
Suka tengok Noddie
Bile besar nanti,
Jangan jadi naughty

Affan bau butter,
Suka gelak-gelak,
Bila Baba nak sayang,
Depan kawan affan taknak.

Affan bau butter,
Baba & Umi sayang,
Belum dua tahun,
Ikut baba sembahyang.

Affan Bau Butter,
Jalan macam penguin,
Baba & Umi kata,
Syukur ya Rabbil Alamin.