Hari tu aku tulis pasal merojakkan bahasa melayu dan aku menulis hujah-hujah yang aku rasa berkaitan dengan survival bahasa melayu. Kemungkinan ada pembaca yang salah faham mengenai niat aku menulis. Tapi sebelum aku sambung apa yang aku fikirkan, aku nak cerita suatu senario yang aku lalui semalam semasa bawa famili aku shopping di KL.
Selalunya bila bini aku shopping, aku akan berkeliaran tempat lain. Contohnya ke tempat electronics, buku, kedai gitar atau tempat mainan(wohoho.. best gile tempat toys). Semalam aku berkeliaran dengan affan. Bagi affan naik satu ride kereta seringgit. Seronok betul dia, ingat dia bawak kereta betul. Lepas tu jalan punya jalan, jumpa pulak tempat nursery, banyakla budak2 dan parents(biasanya bapakla) kat situ. Memandangkan bini aku shopping satu kompleks, aku dan affan lepakla kat situ.
Affan seperti biasa, ingat dia budak besar. Nak main semua benda. Mainan kat situ semua Little Tikes yang taja, so nampak memang bestla ada kereta, slide, rumah kecik. So kat situ, macam aku cakap, ramaila bapa-bapa yang jaga anak diaorang. Dan sambil-sambil main dengan Affan, aku perhati cara komunikasi bapa lain kepada anak-anak.
Kebanyakkannya cakap english dengan anak-anak, walaupun diaorang semua melayu. Tapi english rojak la. Aku sorang je cakap melayu dengan Affan. Aku jugak perhatikan nama-nama yang diaorang bagi kat anak-anak dieorang.
Agak kebaratan, dan ini bukanlah sesuatu yang aku bayangkan apabila aku menulis artikel mengenai bahasa melayu sebelum ni. I did feel that I lacked some sort of finesse when I wrote the article, yesterday night confirmed it.
Bila aku cakap kat bini aku, aku tanya kat dia, kenapa parents muda macam tu? Nampak macam trying to potray their modernity and 'sophisticatedness'. Aku tahu, aku pun menulis dan cakap rojak, tapi bila aku tak jumpa perkataan je, ataupun ayat tu lebih sesuai dalam english, ataupun just sheer being used to some words. (ayat tadi memberi contoh)
Tapi honestly, aku rasa disturbed dengan apa yang aku nampak semalam. Aku tak tahu kenapa???
Biarkan aku bertapa fikir pasal benda ni.
Hmmmm...... aku rasa aku tahu kenapa... sebab dia tak nampak natural (komunikasi tersebut). Yep... macam buat-buat.
Aku sebenarnya masih konpius.
Saturday, August 23, 2003
Diari seorang programmer yang dasyat and/or hebat.
Previous Posts
- This is taken from the usenet: soc.culture.malaysi...
- Sapa nak cari weapons of mass destruction? Bush ke...
- Masa tengah driving ke rumah mak aku, aku adalah m...
- Member aku ada la cerita pasal "Ada apa dengan cin...
- Sekadar perbincangan dan pendapat aku sahaja. Aku ...
- Bercakap pasal kereta tak pakai bendera mesia. ken...
- yep betul kata Mat Jan, peribahasa aku salah. Mema...
- Polis sahkan tujuh pelajar belasah rakan Kesianny...
- Google Toolbar Installed Just got the new google ...
- Sorry la brader spyz aku macam biskut tahun ni heh...
Subscribe to
Posts [Atom]
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home