Friday, November 30, 2001

Ah dah penat buat kerja. Nak masuk tidur dah.... hmmm mimpi apa malam ni. Jangan mimpi Laila dah la, sebab hari tu dah. Mimpi pasal Siti la pulak. Tapi kalau mimpi pasal Ali, ah naya.

Sweet dreams are made of this, who am I to disagree?

Masa aku kecik dulu, aku duduk kat US dan ada seorang best friend kat sana. Tup-tup kena balik malasyia pulak masa umur 9 tahun. Sedih gila aku dalam kelas masa party perpisahan. Aku comfort dia sebab dia menangis kata aku akan balik soon. That was the last time I saw him lepas bapak aku ambik dari kelas.

So lepas dah 16 tahun, dan baru jadi young adult ni, aku terjumpa yahoo profile dia yang linkkan kat web journal dia. Dapatlah aku baca a glimpse of his life dari web journal lima bulan dia. Mujur dia tak jadi punk rocker ke mende. He's still recognizable through his witty charm writings. and kitorang pun mula sambung balik friendship. So, actually dialah yang inspire aku untuk tulis web journal. Tapi yang cerita yang aku bangun pagi tu ada gak inspire aku heh. (ada tak aku mention aku ni dasyat? op ada)

Pasal komen brader Blue Shades tu, kena pulak aku ada nyanyi lagu untuk awek masa zaman U dulu. Ceritanya, aku ada gitar. Pastu aku ada sound editor kat komputer, komputer aku tu pulak ada mouse (takde kena mengena? takpela). So, aku pun rekodla, track by track. Gitar dulu, bass kemudian, pastu suara aku. Olah-olah jadi macam lagu yang professional... at least aku rasa. Aku pun transfer ke tape dan bagi kat my baby girl. Tajuk lagu? "I wanna grow old with you". Hehe, aku ada simpan lagu tu dalam komputer ni, nantilah aku transfer jadi MP3 pastu upload untuk korang.

Hehe, cayala, peminat sudah mula datang dengan berbondong-bondong untuk baca diari aku. Terima kasih atas sokongan anda semua, terutamanya Tok Rimau kerana mempromote diari aku yang tidak berapa munasabah ini.

Thursday, November 29, 2001

Terlupa pulak nak cerita kejadian masa pergi kerja pagi tadi. Masa aku bawak kereta nak sampai pondok tol, tiba-tiba ada sebiji mangkuk dengan selamba lajunya potong depan aku masuk tol terus. Aku nak hon tapi hon pulak rosak. Rasa macam nak langgar je kereta mamat tu, tapi tak takdela. Yang ada sakit hati dengan kekurangan ajar dia.

Yang masalah dengan sakit hati ni, dia buat kita tak selesa. Asyik teringat je. So nak memadamkan sakit hati aku tu, aku exaggerate situasi tu. Aku bayangkan aku berhentikan kereta aku depan dia, gaduh pecah pecah cermin kereta, tahu-tahu polis datang, masuk lokap hehe. Terus rasa tak berbaloi dan hilang rasa sakit hati. Macam jadi, "O, takpelah".

Pastu aku buat senario kedua, aku tahan kereta dia, maki-maki kat mamat tu, dia lawan balik dan nak keluar kereta. Tapi sebelum dia keluar kereta tu, aku sepak kereta dia dan tak semena-mena kereta dia terbalik. Aku terkejut, mamat tu terkejut, orang kat que belakang pun terkejut dan semua keluar kereta nak tengok sebab tak percaya. Memang pastu kena saman tapi bila kena interview ngan surat khabar, aku jawab, "Berbaloi gila!!!". Terus aku dari sakit hati jadi puas hati.

Haha, tapi angan-angan je. At least, aku guna angan-angan aku untuk hilangkan rasa sakit hati. Tahu-tahu aku lalu sebelah mamat tu, sengih puas hati sorang-sorang.

Tadi lepas bukak puasa, keluar jap ke bandar Shah Alam. Punyala ramai orang bawak macam psycho atas jalan raya malam ni. Takpelah kalau dah ramai sangat pelumba handalan yang dilahirkan kat Malaysia yang tak banyak pun jadi pro. Ironik jugak.

Okay sekarang tinggal dua jam lagi nak bukak puasa. Esok aku janji masukkan benda-benda yang berfaedah sikit dalam diari aku.

Wah baru bangun dari tidur... tadi tidur jap lepas buat programming(baru keluar perkataan programming). Mungkin ada orang tertanya, tapi aku sebenarnya bukannya nak buat diari pasal buat programming. tapi diari seorang programmer, sebab itu kerja aku. Kalau aku kerja lain, aku tulis la dairi seorang yang bekerja lain.

Wednesday, November 28, 2001

Iklan geocities kat tepi ni tak dapat dielakkan, tapi kalau korang pakai resolution 1024x768 dia sedang elok je kat tepi.

Ok, aku duduk termenung untuk masukkan something ke dalam diari aku, dan mendapati sesuatu.

Rupanya lagi banyak cerita untuk hari ini kalau aku tulis diari waktu malam sebelum nak tidur. Doh!

Ok, tujuan aku membuka diari aku untuk tontonan awam ialah kerana aku telah mendapat satu "hint" bahawa aku akan mempunyai ramai peminat. Ramai dalam konteks yang dimaksudkan agak kabur buat masa ini, mungkin jutaan atau ratus ribuan. Tetapi yang pastinya ramai adalah bermaksud lebih besar dari 1.

Oleh kerana jangkaan akan mendapat ramai peminat ini, maka aku yang seronok melayan peminat ini, ingin sampai kepada peminat-peminat aku semua melalui web diari.

Kenapa aku ada hint yang begitu dasyat sekali ini? Oh, ini adalah kerana aku telah bangun pagi tadi dan tengok muka aku yang belum mandi di cermin, dan terfikir, kalau belum mandi pun aku kelihatan agak dasyat, apatah lagi kalau aku dah mandi? Jadinya semantik yang aku susun dalam kepala aku, telah membuat aku "take action" untuk bersedia menghadapi peminat. Agak proaktif aku ni sekiranya korang perasan. Walaupun anda menafikan ia, sebenarnya ada la sikit-sikit.

Ok, disebabkan aku pun kagum dengan diri aku sendiri pada hari ini, mungkin akulah yang akan melawat diari aku ni banyak kali pada hari ini. Nasib baik takde web logger yang akan mengkantoikan aku.

Sekian ucapan pembukaan aku, terima kasih.