Thursday, February 23, 2006

Rashes

Totally fiction.

Dia cuma dapat menangis di tempat duduk pemandu. Malam dengan hujan renyai, keretanya dihentikan di ruang kecemasan highway.

"I tak tahu apa i buat ni... i tak pernah macam ni. I rasa macam perempuan gatal yang nak jumpa laki orang tengah-tengah malam... dahla i salah makan ubat, allergic, rashes naik seluruh badan, memang gatal seluruh badan!", katanya dalam handphone.

Perbualan telefon antara mereka sunyi seketika. Perbualan yang bermula dengan pertengkaran awal malam tadi, membuatkan dirinya bertindak drastik untuk keluar berjumpa dia malam ini.

Tetapi dia berhenti.

"Hmmm.... "

"so technically you memang perempuan gatal?", gelak suara di hujung talian.

"Iyer...", dan dia pun tertawa.

"Baliklah..."


.................................

After what we've been through... i know we're cool (about it).

Thursday, February 16, 2006

Cleaving Asunder

When the heaven is cleft asunder,
when the stars are scattered,
when the oceans are made to explode,
when the graves are hurled about,
each soul shall know its earlier actions and its later ones.

O man, what has lured you away from your gracious Lord,
Who created and moulded you and gave you
an upright shape?
He can give you whatever form He wills.

Shun it!
But you deny the Last Judgment;
Yet, there are guardians watching over you,
noble recorders,
who know all your actions.

Surely the righteous shall be in bliss,
while the wicked shall be in Hell,
where they shall be thrown on the Day of Judgement;
nor shall they be absent from it.

Would that you knew what the Day of Judgement is!
Oh, would that you knew what the Day of Judgement is!

It is the day when no soul can be of any help to any other soul
and when Allah reigns supreme.

(Surah 82 Al-Infitar)
Petikan dari "In the shade of the Qur'an" oleh Sayyid Qutb

Tuesday, February 14, 2006

Cakap belakang, tapi kat depan

Balik dari kerja penat suatu petang, wife aku kelihatan upset. Aku yang penuh dengan masalah kerja sendiri ni... cuba mengelak dari bertanya ehe... namun tidak berjaya.

So wife aku ceritalah jugak pasal isu kat tempat kerja dia kat aku... sambil aku dok unwind depan tv, cari tenaga nak mandi dan sembahyang maghrib. Cerita wife aku adalah pasal salah seorang staff dia yang suka berleter dan mengutuk outloud sampai banyak staff agak tension dengan kewujudan staff itu kat situ.

Masalah utama dengan leteran staff itu adalah bila dia mengutuk, dia tidak address kepada sapa-sapa. Jadi sepatutnya yang dia kata tu ditujukan kepada sorang, sampai 5 - 10 orang terasa.

Satu senario contoh adalah apabila sorang tu baru keluar dari surau terus dia cakap dari meja dia tapi pandang kat lain, "ambik air sembahyang lembab, sembahyang lembab, buat kerja lagilah lembab!" so yang terasa adalah orang yang baru keluar tadi, dan beberapa yang baru lepas sembahyang tadi. Yang jadi mangsa "terasa" ni biasanya staff-staff baru yang usually berhenti lepas seminggu tanpa khabar berita.

Ada banyaklah lagi contoh yang wife aku bagitahu, tapi aku tengah tengok "cara-cara ular bersenyawa" kat discovery hehe... so ada yang terlepas la dari cpu aku. Sepanjang masa wife aku bercakap aku jawab "iye?", "aha" dan "hmm". ikut giliran la.

Sampailah wife aku terperasan aku on "automatic discussion mode" dia pun marah aku, "Abang ni nak dengar ke tak?!! orang dahla tensyen ni!", kata dia.

"lepas sembahyang abang jawab", seraya bangun untuk pergi mandi dulu.

So lepas sembahyang aku pun menunaikan janji aku untuk menjawab permasalahan yang sangat complex terjadi kat ofis wife aku.

"Camni, awak kena pergi tegur dia mcm ni... "JANGAN CAKAP BELAKANG KAT DEPAN ORANG!! CAKAP BELAKANG BIAR REMAIN KAT BELAKANG, KALAU NAK TEGUR, ADDRESS SPECIFICALLY!"

"Ooo yeh? betullah", terfikir bini aku.

Jangan cakap tipu

Dalam kereta berjalan2 dengan family last weekend:

"Tengok Satria tu, tengok exhaust pun dah tahu tu gti tipu," kata aku.

"Baba, jangan cakap 'tipu' tau, tak baik!", kata affan

"Baba tak cakap tipu la Baba kata kereta tu tipu..!", kata aku

"Baba cakap 'tipu' lagi... tak baik", kata affan

"Affan baba tak cakap ti.. takpelah bila Affan besar Affan faham", kata aku

"Tak baik", kata Affan.

Sunday, February 12, 2006

Spender Besar

Affan yang pada tahun ini akan berumur 4 tahun sudah mula aku hantar ke pre-school. Sekarang adalah bulan kedua dia bersekolah and I think he's learning a lot there, at least pre-school things.

Seperti hari-hari kerja lain, aku ditugaskan untuk menghantar Affan ke sekolah, tapi pagi tadi dia meragam tak mahu memakai baju sekolah. Dalam aku bersiap-siap, yg dapat aku dengar cuma maid aku pujuk dia utk pakai baju sekolah sambil Affan menangis teresak-esak. Memang ada lah beberapa instances yang dia memang tak mahu ke sekolah sebelum ni, kicking and screaming, tapi bila aku tunjukkan rotan, dia cepat2 akan siap-siap ready.

So dari bilik aku bersiap2, aku plan untuk buat strategi yang sama untuk suruh Affan cepat pakai baju. Tapi datang curiosity untuk aku tahu, apa sebab Affan menangis-nangis tak mahu bersiap.

So aku pun keluar dari bilik dengan rotan kat belakang, "Affan, kenapa tak pakai baju lagi?"

"Baba, Affan tak mahu pakai spender ni, Affan nak spender besar Affan.", cakap Affan teresak. Dalam hati aku tertanya kenapala particular sangat anak aku ni?

Aku yang tak sabar sebab jam dah dekat pukul 9, "Affan, spender besar Affan basuh, pakai yang mana ada"

"Tanak baba! Mana spender besar Affan?!", jerit Affan

"Affan, pakai cepat kalau tidak baba rotan", sambil menunjuk rotan pada Affan.

Dalam perjalanan ke sekolah, datang kasihan aku pada Affan dengan cara aku tadi, mendengar dia teresak-esak kat belakang. Sesampainya ke sekolah, aku pimpin tangan dia sampai ke depan pintu dan menunggu dia membuka sandal sebelum cikgu membawa dia masuk.

Seketika aku mengintai dia melalui tingkap melihat dia masih teresak, dan menyesalnya aku tidak peluk dia tadi.

Tapi kesedihan aku bukannya seratus peratus terhadap kejadian ni, tapi tentang sesuatu yang wife aku cakap malam sebelumnya. Suatu kebarangkalian mengenai masa depan Affan dan Mirul.

Saturday, February 11, 2006

New blog, nostalgia and some other stuffs

Something came up yg inspire aku untuk update blog aku yang dah lama aku biarkan.

Dalam mengejar masa dan task kerja yang membukit, meeting yang tak berkesudahan, kertas kerja yang rumit, rundingan-rundingan bertemper tinggi... desperation datang untuk melarikan diri.

So i sat down one day in the office, and terbrowse ke blog aku sendiri, yang pernah menjadi catatan hidup aku buat seketika. Bermula dengan entry pertama sehinggalah yang terakhir, banyak emotions run through, kelakar pun ada, corny pun ada, totally unnecessary pun ada. But i guess, yg paling penting adalah... tulisan-tulisan itu mengingatkan aku tentang aku. And i started to appreciate what I'm going through.

Those entries were 3-4 years old and reminded of the early phase of adulthood that i went through.

Cause last night, aku rasa aku terblog kat partner aku bila aku cakap...

"i rasa going through 30 years old to 40 to 50; it's something i go through real fast in my head... and i wonder when i don't see this world anymore"

Then I stopped there... cause tetiba aku terfikir... "why am i telling you this?".

Well, utk gang2 lama aku yang masih blogging... spyz, jigo, rafthah, daun and elin(by the way: sad to hear the news) I say Hi! jgn marah aku tak update lama!

Friday, February 10, 2006

Dalam perbualan telefon dengan kawan lama....

"So berapa nombor handphone kau sekarang?", tanya aku.

"Oooo... dah tak simpan yer nombor telefon aku. Apa punya kawan la kau ni!", marah dia.

"Camni... last year aku ada affair and bini aku dapat tahu melalui sms kat handphone aku yang lantas dicampaknya terus handphone aku ke dinding yang seterusnya berkecai seribu dan tidak dapat diselamatkan lagi. Nombor kau dalam memori hp tu", jawab aku.

"Alasan diterima", gelak dia.

"Hari ni kau buat apa?", tanya aku.

"Buat bodoh", jawab dia.

"Berapa banyak bodoh kau buat sehari?", tanya aku.

End.