Thursday, January 31, 2002

Sharon Regrets Not Killing Arafat

JERUSALEM (AP) - Israel should have killed Yasser Arafat (news - web sites) 20 years ago, while he was under Israeli siege in Beirut, Prime Minister Ariel Sharon (news - web sites) said in an interview published Thursday.

Sharon said he was ``sorry we didn't liquidate him,'' but that Arafat could yet become a partner for peace if he cracked down on Palestinian militants.

Arafat adviser Nabil Abu Rdeneh said the remark was a ``provocation.'' -> pergi ke website untuk baca penuh

komen seorang pengunjung di yahoo news
Here is a group who claims they and they alone have the right (given by God) to operate the what the world recognizes as a biblical holy land. They claim that all the other people of the world are scum and are pointed out by God as the enemy of these few select people of the world.

Sharon’s words only bring home once again that the Jews think they are the best people in the world and all the other people of the world are pond scum. Sharon’s words once again show they as a people have no interest in peace ore the world’s well being. Sharon’s words once again show that they have a mandate to kill anyone who gets in the way of their people. Sharon’s words once again show that they have not advanced into the modern age. Sharon’s words once again show that they the Jewish nation is not to be trusted on a single word they give to the rest of the peoples of the world.

God give us the light to see these people for who they really are! God give us the strength to known they are not the considered good in the eyes of God! God give us the wisdom to find a solution to the problems these people have created on this earth!

Wednesday, January 30, 2002

seorang cina dengan 3 orang melayu tengah berborak kat kedai makan. probably sama tempat kerja, cina tu mungkin supervisor, yang lain2 tu kuli la kot.

cina: hoo kat thailand aa, perempuan siam banyak cantik ooo... best dapat main masa pergi hari tu.. kalau u mau aa.. saya bawak & tunjuk tempat yang bla bla bla

melayu2 terangguk suka: oo ye ke... best gak tu bla bla bla

komen aku:
insaf la saudara-saudaraku, senangnya kena hasut. jangan fikir short term, dunia ni macam airport... persinggahan saje, transit ke destinasi, examination, bawak pistol takleh naik kapal terbang, in fact masuk lokap. embrace the reality of this temporariness.

Fundamental understanding: Cubalah doubt Islam kalau berani... the scripture, the messages, the practices, the warnings, the Messenger s.w.t... Islam tidak mengajar kita untuk menerima bulat-bulat walaupun sesetengahnya adalah urusan Allah s.w.t. Kita hendaklah berfikir sendiri... dan tak perlu fikir dasyat-dasyat pun kita akan nampak.

antara yang mudah:
1. jikalau dunia ini adalah suatu coincidence bak kata free thinkers(which do not think freely enough)... kenapa terjadinya kelahiran manusia bersifat sama mesti berjari di tangan, hidung di tengah muka... takkan tak coincidently otak kat punggung (walaupun figuratively ada orang macam ni)? pastu pulak suatu masa dulu coincidently ada satu bintang meletup jadi sumber tenaga besar, tetiba ada daya tarikan graviti, tarik habuk2 dari mana2 tah, bla bla bla dan bla... tup tup coincidently ada life on planet, tahu-tahu jari kita kat tangan, tangan kita kat lengan, rambut kat kepala, bila remaja kita keluar jerawat. you're not explaining the science, just mere methods, even that could probably be wrong, duh! (percaya wujudnya tuhan menguasai alam semesta)

2. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.w.t boleh menyampaikan di dalam Al-Quran pembentukan seorang manusia dari air mani sampailah menjadi bayi di dalam perut 1400 tahun dahulu? Ada mikroskop ke zaman tu? Kepada yang tak belajar sains tu, mikroskop pertama pun 100 tahun lepas, belum lagi yang cukup kuat untuk tengok dalam perut. Dan Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang buta huruf, sama seperti kebanyakan masyarakat zaman tersebut. Description mengenai pembentukan janin tidak dapat diambil dari siapa-siapa pada zaman itu kecuali satu information dari satu entity divine (percaya dengan al-quran dan authenticity-nya)

3. Kenapa Islam memberi panduan dari yang sebesar-besarnya sampailah yang sekecil-kecilnya? Dari kenegaraan, ekonomi sampailah ke basuh najis dan kenapa kita tak boleh makan itu atau ini kita boleh makan, sampailah ke cara sembelih binatang. Ada ke agama lain selengkap ini? (percaya Islam adalah agama yang benar, dan suatu panduan yang lengkap untuk kita hidup di dunia ini, of course, kalau agama itu dari Tuhan yang mencipta alam, takkan Tuhan itu tidak memberi panduan selengkap ini? Fikir......... dan fikir panjang.....)

4. kalau kita dah percaya dengan adanya Tuhan, dan percaya dengan pesanan yang terkandung di dalam Al-Quran... sudah tentu kita percaya dengan akhirat. In fact, kenapa kita di sini (muka bumi) sekarang? Purpose yang orang Islam sahaja yang boleh jawab.

Namun begitu, kita harus percaya dengan limitation akal kita dan kelemahan-kelemahan seorang manusia... berhujah dengan sejumlah kecil ilmu dari seluruh ilmu Allah s.w.t. adalah suatu yang tidak munasabah. Walaubagaimanapun, Al-Quran diturunkan untuk panduan kita hidup di dunia. Akui sesetengah kejadian kita tidak dapat faham kerana akal kita lemah... kenapa kena pakai tudung ke misalnya... ada orang faham, ada orang tidak faham. Ataupun mengimplement undang-undang Islam. Namun bila diperintahkan... Allah Maha Mengetahui.

Bukankah common sense semua ni? Now you have to think.... tinggi mana sangatlah tamadun barat tu... sebab apa? Sebabnya, akal dia tak mampu nak fikir benda-benda di atas. So dia orang kata diaorang bawak tamadun kat Afghanistan? perempuan boleh bukak tudung dah, boleh tengok wayang dll... sesok kat afghan kita ada pelacur balik, sistem kekeluargaan jadi hancur, anak-anak liar sebab sistem keluargaan runtuh, banyak penjenayah sebab banyak anak liar, banyak corruption juga sebab anak liar, corruption ke pembaziran dan penghancuran ekonomi ke kemiskinan ke kehancuran sistem sosial, mismanagement bila pemerintahan bukan dari ahli sesuatu bidang (contoh: menteri sains tak ngaji sains pun) sebab sistem demokrasi mengalakkan sapa pandai ambik hati masyarakat dilantik (berbanding sistem musyuwarah dari kalangan cendekian untuk melantik seseorang ke suatu jawatan) which then leads to chaos at least inefficiency. Now, siapa yang lebih faham tentang sosialiti? tamadun barat?

Nama Islam itu sendiri bermaksud salamah, selamat, ketenangan & kedamaian. Jika kita mengikutinya, kita akan mendapat perkara-perkara sedemikian. Christian hanya untuk kaum Nabi Isa sahaja, Judaism hanya untuk kaum yahudi sahaja... sekarang fikir, kenapa Islam tidak diberi nama Muhammadian? dan tak perlulah kita bincang tentang agama-agama lain yang takde scripture pun... buang masa.

Be a muslim.

p/s: oh ye, kalau kita nak berfikir pun kenalah ada ilmu... ilmu pulak... kena cari. Camana kita nak fuel pemikiran kita tanpa ilmu? Kalau tidak ada makhluk lain yang fueling pemikiran kita.

Tuesday, January 29, 2002

elin is a bit jealous I'm talking about my guy friends isn't she? you're not the only one, my wife sometimes feels that too hehehe

Monday, January 28, 2002

Mak ayah aku buat satu birthday party yang best semalam. Semenjak dah kawin ni dan duduk jauh ni, makin besar party yang dibuat. Mungkin mak ayah aku rindu kat aku, dan tahu dia orang akan jumpa aku makin sikit, hari demi hari, jumpa pada occasions sahaja. Dan barulah aku faham kenapa mak aku sayu dan menangis masa hari perkahwinan aku.

So kitorang bakar ayam barbeque kat luar rumah, mak aku masak pizza 3 keping (pizza hut tak mainla), kentang bakar dalam aluminium, nasi kurma dll...

kenapa tah time birthday ni, teringat pulak kat member2 rapat... yang duduk jepun pun tak balik malaysia tahun ni, yang duduk melaka pun tak balik malaysia jugak... hahaha ni yang melampau ni...

Saturday, January 26, 2002

oh tak... belum 24 tahun lagi kalau ikut exact hour. Kalau ikut surat beranak aku, aku lahir 5.55 pm 27 Januari 1978. So aku nak habiskan sisa-sisa umur 23 tahun aku esok sampai 5.55 pm... so aku kena synchronize jam-jam aku dengan atomic clock supaya aku tak kurang atau terlebih satu minit.

aku kini 24 tahun 21 minit yang lepas.

Friday, January 25, 2002

Bayangkan kalau kita adalah salah seorang yang hidup dalam masyarakat Arab Quraisy semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyampaikan ajaran Islam. Pernah tak terfikir jikalau pada waktu itu, seorang mengaku dirinya sebagai Nabi dan memberi ajaran yang baru kepada kaumnya, adakah kita termasuk golongan yang bernasib baik mendapat hidayah ajarannya, atau kita termasuk golongan yang mempertahankan agama lama?

Ajaran yang Nabi Muhammad s.a.w pada waktu itu adalah tepat pada masanya dalam cultrue jahiliyyah Arab, suatu pembaikan kepada masyarakat tersebut... dan kebenaran ajarannya ditunjukkan satu persatu.... persoalan saya... adalah samada kita nampak akan kebenaran ini atau tidak, jikalau kita adalah salah seorang dari Arab Quraisy pada waktu tersebut?

Dan nampak tak nampak inilah yang menjadikan kita mereka yang dberi hidayah oleh Allah s.w.t atau menjadikan kita tergolong dalam penentang jika kita tidak nampak.

Ataupun jikalau kita hidup di zaman Nabi Noh... adakah kita akan menjadi seorang daripada mereka yang percaya akan Nabi Noh atau menjadi salah seorang yang ego dan cuba menggunakan rasional dan pengetahuan sains untuk menidakkan Nabi Noh?

Saya sebagai salah seorang yang diberi nikmat lahir di dalam Islam, terfikir adakah saya akan diberi nikmat hidayah jika berada di dalam senario-senario di atas? Adakah cukup kuat untuk menerima ajaran-ajaran Nabi semasa zamannya? Melihat keadaan diri saya sekarang, saya takut hendak jawab. Dan makin lama saya fikir mengenai perkara ini, semakin takut dan sedih saya menjadi... terasa bersyukur dengan nikmat Islam yang diberi.

Manusia bersifat takabbur, berasa pengetahuan sainsnya tinggi, berasa rasionalnya jelas, takut untuk berfikir... kemungkinan inilah sebab-sebab yang membolehkan kita menjadi orang-orang yang tidak mendapat hidayah... saya tidak tahu....

Jikalau kita dilahirkan sebagai seorang kafir, bolehkah kita menjumpai Islam, seperti yang dicari oleh Yusoff Islam? Dan apabila difikir betul-betul, kita yang lahir di dalam Islam ini sendiri, tidak mahu mencari kebenaran di dalam Islam, menjadikan kita tidak kuat untuk mengamalkannya, memperjuangkannya, menyebarkannya dan mempertahankannya, yang kita perhatikan ada pada Yusoff Islam yang mencari kebenaran dan bukan lahir dalam Islam.

"Tidakkah mereka mahu berfikir..." berulang-ulang kali difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran... tanpa berfikir kita tidak dapat menjumpai kebenaran, dan sifat takabbur boleh distort pemikiran kita, seperti yang terjadi pada pembesar kaum Quraisy yang mempertahankan pangkat dan harta.

"Aku hanyalah seorang anak yatim piatu..." jawapan Nabi Muhammad s.a.w. apabila ditanya siapakah dirinya... Ya Muhammad Habibullah... aku mencintai dirimu.... berikanlah syafaat kepada diriku semasa hari kebangkitan... sesungguhnya aku sangat lemah dan berdosa... ampunkanlah dosa-dosa ku yYa Allah, aku tidak sanggup ke nerakaMu...

Asyhadu al-La ila ha ilallah, wa asyhadu anna Muhammad ar-Rasullullah......

"Siapakah kita di zaman Nabi?"

Thursday, January 24, 2002

Korang pernah terpikir tak macamana kita tahu satu-satu hari tu adalah sama hari dalam bahasa lain? macam jumaat = friday, isnin = monday.

mungkin kita dah campur adukkan friday sebenarnya hari isnin ke.... sorry, tapi aku susah nak explain apa yang aku fikir ni.... tapi aku ada syak wasangka yang teramat dalam pasal benda ni...

Wednesday, January 23, 2002

aku tak suka makan tengahari!!! panas nak keluar terus jadi tak selera... tapi lapar.... camana ni?

My friend has the nastiest mouth I know. Satu hari kitorang dok makan kat kedai. Tetiba lalu seeorang minah seksi skirt paras peha, baju ketat no sleeves.

tetiba member aku cakap kat aku, "patutla.....". "Patutla apa?" aku tanya. "patut pakai seksi.... muka macam rumah", dia cakap. hahaha tergelak gila aku... pastu dia sambung lagi...

"nasib baik muka macam rumah, kalau muka macam pondok rukun tetangga..? mesti dah bogel habis dah ni..."

"kalau kawin empat muka macam ni, jadi kawasan perumahan la aku..."

hahahah, pastu dia sambung dan sambung dan sambung..... tak ingat bila dia berhenti... masa kitaorang masuk dalam kereta kot....

macamana muka macam rumah... aku pun tak tahu...

Tuesday, January 22, 2002

bapak aku buat teka-teki kat adik bongsu aku yang darjah enam: ada seekor katak nak melintas jalan dengan 3 ekor anak dia di satu jalan yang sibuk. selepas melintas jalan tu dia pusing tengok anak-anak dia dan cakap "syukur, dua-dua anak aku selamat melintas jalan..." kenapa mak katak cakap macam tu?

Ok, egg on my face.

Did I make a bad impression atas kakak bertudung labuh tu? I didn't mean that. Actually kakak tu cakap dalam nada bergurau. Situasi tu pun terjadi kelakar, sebab mamat gemuk tu macam semangat je cakap dengan memek muka yang dasyat, "Tak rockla lepak library.........!!", tetiba ada bypasser lalu dengan spontan je cakap," eleh, gemuk-gemuk pun nak rock", member-member lain gelak la sebab mamat ni terkena. and dieorang pun kenal kakak jaga library tu, it's not somebody expressing disgust whatsoever.

Again, I'm sorry i've expressed things wrongly. My fault.

Monday, January 21, 2002

Overheard: "Eleh, gemuk-gemuk pun nak rock." berkata seorang kakak tudung labuh yang kuasa lasernya teramat tumpu sedang dia melintasi seorang mamat berbadan agak gempal yang sedang menyatakan ketidakrockan melepak kat library.

Moral: terdapat berat badan yang sesuai sahaja untuk kita rock.

Tindakan kita: jika terdapat lagu rock yang sedap di radio, jangan headbangin dulu, check berat badan samada sesuai atau tidak untuk rock-rock.

Kenapa?: Soalan ini hanya boleh dijawab oleh kakak bertudung labuh tersebut.

Pesalah-pesalah lain yang dikenalpasti: kumpulan Ku2. Awas, kakak bertudung labuh tersebut mungkin sedang mencari mereka.

Sunday, January 20, 2002

dulu ada orang tanya, hungga togibu pastu jawapan-jawapan dia apa benda? heheh.... mesti ingat aku dok mengarut tak tentu hala eh? sebenarnya ada meaning dia yang aku tak tahu apa meaning dia... pelik?

hungga togibu, hungga bunggi, bengk ciki bengk, zullimatonkketoyonk dll tu adalah perkataan-perkataan yang terkeluar dari aku bila bercakap dengan baby! heheh... baru tahu eh.

memang specifically perkataan-perkataan tu. aku tak tahu kenapa, tapi biasanya ada response dari baby-baby, walaupun aku tak tahu apa maknanya.

Heh, ada perasan tak aku buat java applet kat sebelah ni, link-link ke jurnal korang. time banyak masa pulak hujung minggu ni, so aku terasa nak belajar java pulak dari kosong. Dulu aku anti sikit java ni, sebab ada member sikit2 promote, sampai nak buat semua benda ngan java. java pun tak berapa live up to expectation orang (heh, straight dari mulut Linus Trovalds(Linux) ni, jangan marah).

so konsep yang aku pakai, dua queue, satu rotate dan satu serve. sapa2 belajar data structures (yes, aku tahu, very dreaded subject) sini mesti familiar dengan linked queue.

kenapa aku pakai link queue, tak pakai array je nak display? 1. unlimited list, 2. aku nak buat list tu scroll tak putus-putus (tak perasan?). 3. jimat memory lah.

lain pada tu, aku guna double buffering supaya dia tak flicker.

dan korang tak perlu kejar text yang tengah scroll tu.... dia tunggu punya.

error trapping dalam java ni pelik sikit eh? aku baru belajar. aku ada error trapping yang menarik bila aku programming VB: on error goto hell. betul ni!

satu je pasal java ni, lagi senang nak belajar dari Visual C++ dengan framework MFC.

Cuba korang bayangkan senario ni berlaku...

Tengah berjalan-jalan kat bandar, lalu kat kedai jual binatang milik seorang apek. Kebetulan apek tu tengah melayan seorang customer yang nampaknya interested dengan seekor monyet...

dan anda mencuri dengar apa yang apek tu cakap...

".... haa...ini betul punya saya cakap... kalau ikut itu teoli dawin aaa... sikit jam ini monyet boleh cakap punya! taraaa...saya tada tipu encik laaa.. ini saya belaja masa unibersiti punya... takkan itu unibersiti tipu sama saya maaa....

ini kalu incik bili sekalang aaa.. special price i bagi diskaun... Rm3000. u simpan elok-elok... dalam 2-3 tahun lagi harga naik 5 kali ganda looo...

buleh suruh jawab talipon... basuh baju... jaga anak... apa pasal mau upah orang gaji kalu lu ada ini monyet?"

hahaha... aku suka exaggerate.

Friday, January 18, 2002

Aku bangun dengan perasaan marah hari ni, lebih tepat disgusted.

Apa perasaan korang kalau korang tahu apa yang korang percaya selama ni tentang segala sesuatu tidak benar. Kalau anda dapat tahu anda digelar 'goyim', sesuatu yang hina dan bodoh.

Apakah perasaan anda kalau anda selama ni berada di bawah suatu "realiti" yang senang untuk anda diperalatkan? Tak tahu apa yang aku tengah cakap? Tunggu beberapa hari....

Aku ada melawat blogs beberapa orang yang aku biasa, dan mendapati tema jiwang dalam pasaran. Hmmm apa yang menyebabkan korang boleh ada mood yang sama serentak? Korang tengok cerita apa? Aku lama dah tak tengok tv, so tak tahu ada iklan yang mungkin inspire untuk berjiwang ke apa ke.

Idea aku pasal jiwang hmm... pernah tengok videoklip everclear,"I will buy you a new life"? aku rasa tu lah kot. cam campur sedih ada gak.

I will buy you a garden, where your flowers can bloom
i will buy you a new car, perfect shiny and new
i will buy you that big house, way up in the west hills
i will buy you a new life.

dia nyanyikan korus ni sambil kesat-kesat air mata depan pintu girlfriend dia... semacam pujuk yang sangat-sangat. Mungkin sebab girlfriend dia anggap dia lekeh sangat kot.

lagi satu dalam kepala aku ialah lagu "She" nyanyian elvis costello dalam cerita notting hill. Aku rasa lyric dia pun agak menarik.

She
May be the reason I survive
The why and wherefore I'm alive
The one I'll care for through the rough and ready years
Me I'll take her laughter and her tears
And make them all my souvenirs
For where she goes I've got to be
The meaning of my life is
She, she, she
(excerpt rangkap terakhir)

Haha... kalau aku single lagi ni, mesti aku dok jiwang karat sorang-sorang. Betul tak AF?(aku tahu kau tengah baca)

Lain lagu jiwang dalam senarai aku ialah lagu "Kiss me where it smells funny", oleh bloodhound gang. Hahahaha... Eh lagu veto black maria tu macam tiru korn, tapi lagi sedap.

Sapa pernah minum kopi dalam tin, angkat tangan!

ok, that was stupid.

Aku tak pernah fikir lebih pun pasal kopi dalam tin ni, sampailah member aku yang duduk kat jepun cerita pasal penciptaan tin untuk menyimpan kopi. Tak pernah perasan tin untuk kopi panjang? Well ceritanya panjang, dan aku pun tak ingat secara detail ceritanya, tapi I find it interesting.

So next time bila beli kopi dalam tin, errr... cerita aku kali ni takde point. Sorry. (Why is it you're here again?)

I have a song running through my head all day:-

I'm happy...
I'm feeling glad...
I've got sunshine in a bag...
I'm useless but not for long..
the future is coming on..

I'm happy...
I'm feeling glad...
I've got sunshine in a bag...
I'm useless but not for long..
the future is coming on..
is coming on is coming on is coming on is coming on is coming on

yep, you guessed it... clint eastwood by gorillaz.

Thursday, January 17, 2002

Aku hantar bini aku lewat lagi hari ni. So aku try to bagi reasoning untuk bini aku kalau boss dia tanya. Cause selalunya, bini aku balik lewat sejam, setakat lewat 2 - 3 minit tak sepatutnya jadi masalah aku fikit. Tapi bini aku jawab, boss dia bukan suka dengar cakap orang bawah. Well, aku cakap that's too bad, sebab information tak flow freely dalam organization tu. Misalnya kalau ada berita buruk, takkan employee nak bagitahu kat boss dia kalau boss dia jenis tak suka mendengar. Tapi percayala, berita buruk akan sampai jugak, tugas kita adalah untuk menangkapnya dengan cepat dan bertindak. Macam kata Bill Gates, bad news must travel fast.

So aku cerita kat bini aku, pasal ada orang ni yang beli kilang dari kawan dia pada harga yang sangat murah. So dia tanya kenapa murah sangat? Kawan dia cakap sebab masalah dengan employees. So bila dia takeover kilang tu, dia berjumpa dengan employee dan tanya pada employee apa masalah. So employee dia jawab "Nak cermin yang lebih besar kat toilet, vending machine kat restroom dan baiki pintu locker diaorang...", sampuk bini aku. Aik? Heran aku macamana dia tahu cerita tu. Rupa-rupanya dia curi-curi baca buku aku. I never knew she was interested in what I read or in business.

So berbalik pada cerita tu, itu sahaja masalah employees kilang tu yang menyebabkan morality kerja kat kilang tu menurun sampai owner asal terpaksa jual.

Ok, tulah twist kepada cerita aku hantar bini aku lambat hari ni.

Wednesday, January 16, 2002

Aku terbangun pagi ni mendengar isteri aku menangis menahan sakit... kedua-dua betis dia kejang. Aku terus tarik kaki dia slowly untuk meregangkan otot tu, dan urut sampai dia tertidur balik. Kesian aku tengok dia, 5 bulan mengandung... hati aku menangis melihat dia sakit, but I'll never show my sadness.

Kepayahan seorang ibu bila mengandungkan anak... dan sebab itulah syurga di bawah tapaknya.

Go John Walker!
Suleyman Al-Lindh or John Walker currently being trialed under the US court

Tuesday, January 15, 2002

Korang mesti tahu pasal cerita angan-angan mat jenin kan? Kesian dia, sampai sekarang orang salahkan dia sebab berangan. "Ha, tu nak jadi mat jenin la tu!", ayat yang biasa kita dengar dalam masyarakat ditujukan kepada orang yang dianggap berangan-angan tentang sesuatu.

Aku ada perspektif lain. Jadi, izinkan aku present paradigm shift aku dengan mengimbas kembali cerita angan-angan mat jenin.

Suatu hari, Mat jenin memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa. Dalam memanjat buah kelapa tu, dia berfikir, kalau dia jual biji kelapa ni, hasil daripada jualan ni dia nak beli beberapa ekor anak ayam dan bela sampai besar. Lepas ayam tu besar dan bertelur, dapatlah dia jual ayam-ayam tu dan telur untuk beli kambing pulak. Same goes untuk kambing, modal untuk beli lembu dan seterusnya sampailah dia mempunyai perniagaan yang besar.

Tetapi dalam dia berangan tu, dia leka dan terjatuh dari pokok kelapa tu dan mati.

Apakah salah mat jenin dalam cerita ni? Dia mati..

Cuba bayangkan kalau dia dapat turun dari pokok kelapa tu dan execute idea dia, I'd guarantee a success. Planning dia betul dalam membesarkan perniagaan, start with small resources and try to grow it. Aku langsung tak nampak masalah dalam hal tu. Ada unsur-unsur nak cepat kaya ke? Takde. Dari planning dia, dia berniat untuk bermula dari kecil.

Dan kita labelkan planning dia sebagai angan-angan. Kita salahkan dia... kita jadikan dia contoh buruk... kita cakap kat anak-anak kita jangan jadi mat jenin. Yang padahal salah mat jenin adalah sebab dia mati, satu benda yang sepatutnya tidak subjected sebagai suatu kesalahan.

Of course ada yang cakap, dia berangan-angan sampai dia leka, yang seterusnya menyebabkan dia jatuh dan mati. Right, by that, you THINK you've got a good moral story to tell your kids. If that's the case, kenapa kita salahkan angan-angan dia? Bukan kelekaan dia? Ataupun kenapa kita tak cakap jangan overexcited dengan rancangan kita sampai membawa padah. Tak, kita tak cakap tu, kita tetap menyalahkan angan-angan sebagai suatu benda yang buruk.

Jadi apakah mesej yang telah kita berjaya sampaikan kepada generasi kita dengan cerita mat jenin? Jangan berangan. Don't wish to dream. Be hopeless. Padahal angan-angan diperlukan untuk seseorang membentukkan kehendak dia, keinginan, merancang. Angan-angan adalah implementasi & simulasi idea. Dan angan-angan yang overambitious juga bukan suatu kesalahan, sebab ia merupakan suatu motivasi atau driving force yang lebih untuk kita mencapai angan-angan kita.

Aku tak percaya ada orang yang malas, cuma ramai yang takde angan-angan yang overambitious untuk menjadi penggerak diri, yang membolehkan dia bekerja dengan kuat, tidur lewat dan bangun awal, melawan segala odds untuk mencapai matlamat atau angan-angan yang diimpikan.

Dan tak hairan kenapa orang kita dilabel pemalas... sebab kita diajar buruk tentang berangan. The ability to dream and think about achieving, and aiming for higher standards. Sape nak kerja kuat kalau idea kehidupan dia adalah untuk tunggu PENCEN!!?? Atau semata-mata dapat makan bulan ni dan bayar bil??

Wake up people, angan-angan hanya salah apabila tidak dikejar!. Dan itulah mesej sebenar yang kita patut sampaikan dalam cerita Mat Jenin.

p/s: Dammit.... I'm sooo good.

Right, aku baru balik dari kerja aku di Kelantan. And esok aku kena present kat meeting untuk project lain yang aku jadi consultant. I'm taking today off for a rest. Oh ye, also aku kena buat order untuk new supplies dari US, yang sepatutnya aku buat hari ni, which of course, aku tak buat lagi.

So untuk pembaca diari aku, what's up with all these work stories, you might ask. Well, currently, my mind just focused on it. Aku ada some senarios that I would like to tell here, but I forgot to write all of them.

I've met some interesting people on flight. One was this guy working in the airline industry. So kitorang borak about mostly work, Islam and some other stuffs. He was in his mid-forties. At the end of the flight, he told me he was nervous flying on a plane. I asked him why? He said, "You wouldn't believe how small the bolts holding those fans out there"... Good thing he told me when we just landed."And of course the clumsy workers I know...", right... I said. Ignorance is a bliss for me next time I fly.

On the next flight, my window seat was taken, cause somebody was sitting in it. So the flight attendant asked me whether I wanted my seat at the window, I just said, "It's ok, there's nothing to see at night, but thank you". But i was so tired that night, I really wished I did sat near the window so I could rest my head.

Monday, January 14, 2002



Islam and Science Link

Thursday, January 10, 2002

Semalam aku present IT vision untuk satu international body kat de palma hotel. I rocked! ada french cakap i was very fashionable at what I do. balik pada tu aku celebrate sorang-sorang kat McDonalds.

rasa berbaloi tak tidur empat hari sebelum... rasa nak ganti tidur tapi malam ni flight ke kelantan, jaga project kat sana pulak.

Tuesday, January 08, 2002

Handphone aku rosak bateri dan aku bersyukur, kalau tidak berbunyi sampai ke 1 pagi. Memang aku expect 2 - 3 important phone calls sehari, tapi kenapa tah, it doesn't matter seminggu lepas. And also update, aku baru launch pilot test untuk software product. So i've been busy. Tak berapa boleh cerita core expertise aku, so therefor, tak dapatlah cerita detail pasal software tu.

Dalam berita yang tak berkaitan, aku pergi isi minyak dan ada mamat rock maut jaga kaunter. lagu kat stesen esso tu pun rock hantu kubur. que pun panjang dan aku rasa semua orang annoyed dengan lagu bising tu. mungkin dia rasa orang boleh relate dengan lagu tu. Expressing his self I guess.

And to think aku pun rock hantu kubur jugak dulu. Aku baru sedar ni, bila aku pergi ke open house member aku, dan dia terpandang aku masa aku baru sampai, dan terus jalan layan tetamu lain sebab tak cam. Bila aku tegur, barulah perasan ni aku. Bila aku komplen secara lawak, ada classmate yang lain menyampuk, ye la dulu aku pakai baju rock tengkorak tiap2 hari datang kelas. hehe baru aku ingat...... dulu memang kuat gila pergi jamming. Aku main gitar, pastu adalah jadi vokal jugak. Lagu apa yang kitorang main, virtually dari metal, alternative dan jugak hardcore. Pastu lagu-lagu jiwang yang aku selalu selit hahaha. Kadang-kadang kitorang experimental, somebody would come up with a tune dengan instrument yang dia main, pastu orang lain sambung dan sambung sampai jadi lagu.

those were the days of rock. tapi lagu rock kubur kat stesen minyak tu, tak boleh nak relate lah.

Friday, January 04, 2002

Sorry lama tak menulis. Tapi aku tengah dalam 4 project software serentak, so nak kata agak busy adalah satu understatement. Purata jam bekerja pada setiap hari: 18 jam. What an overkill! But I believe in my work. I get mixed up dengan kebolehan badan dan alasan yang kita selalu bagi bila nak berehat. So sometimes I cross the border a bit, but that doesn't matter. My goals are important now, as it was important then. Mediocrity in work doesn't compute for me. I've learned from the best, humans if not pushed will stay mediocre.

Aku jugak baru develop satu concept untuk online media streaming. It's a hybrid concept. If my theories prove me right, lepas ni kita akan streaming video dan lagu, macam kita receive siaran TV, tanpa sekat-sekat. Masalah sekarang ialah, dengan broadband sekalipun, kita tidak boleh menerima quality siaran Internet macam kita tengok TV. Ini adalah disebabkan implementation compression dan data format video dan audio sekarang, yang frameworknya industry sudah lama accept. The trick is to view the whole streaming process in another angle.

If I was a mechanical engineer, and I'm in a project to design an engine not using fossil fuel to run it, I'd review the whole concept of the engine all over again. Currently people are developing electrical cars in replace of fuel. But it proves we need a whole lot of battery to give it the power we have in comparison by running the engine on fuel. So that takes a lot of space for a car. So what people are currently doing right now is designing new electricity containers that are small yet holds lots of potential energy. Yep, the scientists have done this already. But what people don't think about is that, the ENGINE, it still needs a lot of power for it to run. They are currently solving the "lots-of-power-to-feed-to-the-engine" part.

Why not solve "the-engine-requires-less-energy" part? Now this is where the revisiting of engine technology enters. And eventually, this will lead to "motors". Why are we still using the concept of motors to provide revolution? The "motor" concept is everywhere, and it requires some amount of energy for it to 'rev' at a not so suitable ratio if we were to implement it as car engines using electricity. Fuel, yes, it works really fine. But for what the future has in store for us, we have another "how many years" of reserves, which is not enough to fuel our transportation in the future.

My conclusion, if we were to make better electric cars, DROP the motor paradigm. It's old technology. Better yet, try dropping the electricity concept, find another way for creating potential stress to generate energy.

Wait a sec, did I just talk about new car engine paradigms? Yep, I did. I should've been a mechanical, electrical and chemical engineer all at once to prove that concept right, until then, it's just a stupid concept from a local computer programmer.

But i really think I have to say this again,

Damn I'm good.

About the hybrid concept for audio/video streaming on the web, now THAT's my field, of which I can work on. You guys will just have to wait for me to finish my research and create the technology first.

p/s: Sorry kena tulis dalam english untuk part engine tu, kalau tak ayat aku berterabur dan panjang.