Sunday, February 12, 2006

Spender Besar

Affan yang pada tahun ini akan berumur 4 tahun sudah mula aku hantar ke pre-school. Sekarang adalah bulan kedua dia bersekolah and I think he's learning a lot there, at least pre-school things.

Seperti hari-hari kerja lain, aku ditugaskan untuk menghantar Affan ke sekolah, tapi pagi tadi dia meragam tak mahu memakai baju sekolah. Dalam aku bersiap-siap, yg dapat aku dengar cuma maid aku pujuk dia utk pakai baju sekolah sambil Affan menangis teresak-esak. Memang ada lah beberapa instances yang dia memang tak mahu ke sekolah sebelum ni, kicking and screaming, tapi bila aku tunjukkan rotan, dia cepat2 akan siap-siap ready.

So dari bilik aku bersiap2, aku plan untuk buat strategi yang sama untuk suruh Affan cepat pakai baju. Tapi datang curiosity untuk aku tahu, apa sebab Affan menangis-nangis tak mahu bersiap.

So aku pun keluar dari bilik dengan rotan kat belakang, "Affan, kenapa tak pakai baju lagi?"

"Baba, Affan tak mahu pakai spender ni, Affan nak spender besar Affan.", cakap Affan teresak. Dalam hati aku tertanya kenapala particular sangat anak aku ni?

Aku yang tak sabar sebab jam dah dekat pukul 9, "Affan, spender besar Affan basuh, pakai yang mana ada"

"Tanak baba! Mana spender besar Affan?!", jerit Affan

"Affan, pakai cepat kalau tidak baba rotan", sambil menunjuk rotan pada Affan.

Dalam perjalanan ke sekolah, datang kasihan aku pada Affan dengan cara aku tadi, mendengar dia teresak-esak kat belakang. Sesampainya ke sekolah, aku pimpin tangan dia sampai ke depan pintu dan menunggu dia membuka sandal sebelum cikgu membawa dia masuk.

Seketika aku mengintai dia melalui tingkap melihat dia masih teresak, dan menyesalnya aku tidak peluk dia tadi.

Tapi kesedihan aku bukannya seratus peratus terhadap kejadian ni, tapi tentang sesuatu yang wife aku cakap malam sebelumnya. Suatu kebarangkalian mengenai masa depan Affan dan Mirul.

1 Comments:

At 12:46 AM , Blogger cik puan daun said...

spender lain tak bagi air flow yang cukup utk tumbesaran dalaman affan.. ahakss..

Ko kembali???

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home