Thursday, December 25, 2003

Semalam aku pergi tengok lord of the rings dengan wife aku(11pm). Tinggal affan kat rumah dengan maid for the first time. Kesian dia. Sebelum tu aku penat, dia ajak main kereta aku tertidur je.

Masa kat one utama tu, tengok org gaji indon yang bawak anak, aku terjadi simpati. Cakap kat wife aku, aku rasa aku ni jenis empathic, feel so much for people. Aku cakap kat dia, nasib kita baik, tapi how does it feel to be in their shoes? Kena duduk kat rumah orang lain buat kerja-kerja. Wife aku cakap, so kita pun tak payahla ada maid? Aku cakap, bukan camtu, I just feel empathic for people. But being empathic sometimes is a disadvantage (especially when you employ people; naik lemak & stuffs). Well, let's leave that issue.

Bagi aku, oklah lord of the rings the trilogy tu. Aku sengaja berhenti baca novel lotr sampai two towers je. Lepas ni aku sambunglah baca balik, nak get the fullness of the story. Tapi semenjak dua menjak ni, tak de a really resting time. Rating aku lagi tinggi kepada lotr than star wars & matrix. Matrix ni makin lama tengok, makin dorky pulak ceritanya. Tapi tengok tu boleh relatelah, sebab aku pun orang IT, lagipun nak tahu apa ending ceritanya.

Good things are happening, I'm having business dealings dengan beberapa negara middle-east. Hope everything goes well Insya-Allah. Mungkin kena outstation sana beberapa ketika.

Friday, December 19, 2003

time-time demam ni, dgn tekak sakit nak telan air liur pun pedih mencucuk, rasa nak tembak macam tembak burung gagak, motor-motor yg lalu depan rumah aku yg sengaja press ekzos @ ekzos bising kul 3pagi. biar mati terkulai atas jalan pastu kena lenyek dgn kereta dan lori mcm anjing yg jadi roadkill berulat seminggu org ingat sampah.

pastu aku masuk balik rumah try tidurkan anak balik, dan try tidur.

luahan org demam with flaring tonsils, 3 hari hidup atas milo.

Monday, December 15, 2003

Alamak... heheh mati2 aku ingat takde orang baca diari aku. Ada 2-3 org rupernya. Pulak tu orang yang sama ada 2 brader spyz dan jinggo. (Update lepas pun tak masuk arkib lagi hahahah...jgn kutuk saya tuan). Susah a nak cerita private2 ni. Tapi macamler korang kenal aku ye tak? Kecualilah beberapa orang yang aku terbagitahu aku ada diari. Takpelah, tempat berceloteh... kat mana lagi, takkan kat dinding tepi jalan pastu hip-hop hip-hop ala mutusamy karruppiah? Kerja budus itu...

Okla... demam aku ni rupernya ada episod 2 yang datang seminggu selepas episod pertama. Gara2 tidak habiskan anti-biotik. Tak teruk mana, cuma tekak agak sakit gila sampai takleh makan 3 hari minum milo aje untuk survive. Yang best sekali ialah, hari sebelum aku kena demam tu, aku cakap,"People take granted when they're healthy". That would be me.

Semalam, tengok edisi siasat... pasal budak punk makan sampah tu. Member aku Naim kata, tak acila makan sampah KFC.... makanlah sampah kedai mamak atau kedai cina kalu betul2 punk hehehe.... tengok sapa mati keracunan dulu... itupun ritual yang bagus sebagai seorang ahli punk maut. Tak caya? Cuba rujuk manual Punk 101.
Apa tak pernah baca? Katanya punk? Punky Brewster adaler(cerita kartun budak2).

Aku sekarang update dari PDA je, betul2 wireless la kiranya aku ni. Ingat aku pakai infrared ke nak sambung ke gprs? bluetooth maa.... phone dalam pocket, pda kat tangan dial internet gprs. Tapi aaa... bil gprs saje bulan lepas 300 ringgit oooo... kos gprs je tu. maknanya aku surf 30meg aje. itu baru surf lightly. Teleco malaysia gila nak buat duit!!! Call dari london ke semenanjung lagi murah dari call dari semenanjung ke sabah& sarawak. Apa ni oi?

Aku boleh buat korang baca artikel aku ni 2 kali. tak caya?

Cuba baca balik artikel aku di atas dengan gaya dan nada apek senario dalam iklan south city plaza. hehehe