Monday, January 28, 2002

Mak ayah aku buat satu birthday party yang best semalam. Semenjak dah kawin ni dan duduk jauh ni, makin besar party yang dibuat. Mungkin mak ayah aku rindu kat aku, dan tahu dia orang akan jumpa aku makin sikit, hari demi hari, jumpa pada occasions sahaja. Dan barulah aku faham kenapa mak aku sayu dan menangis masa hari perkahwinan aku.

So kitorang bakar ayam barbeque kat luar rumah, mak aku masak pizza 3 keping (pizza hut tak mainla), kentang bakar dalam aluminium, nasi kurma dll...

kenapa tah time birthday ni, teringat pulak kat member2 rapat... yang duduk jepun pun tak balik malaysia tahun ni, yang duduk melaka pun tak balik malaysia jugak... hahaha ni yang melampau ni...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home