Wednesday, January 30, 2002

seorang cina dengan 3 orang melayu tengah berborak kat kedai makan. probably sama tempat kerja, cina tu mungkin supervisor, yang lain2 tu kuli la kot.

cina: hoo kat thailand aa, perempuan siam banyak cantik ooo... best dapat main masa pergi hari tu.. kalau u mau aa.. saya bawak & tunjuk tempat yang bla bla bla

melayu2 terangguk suka: oo ye ke... best gak tu bla bla bla

komen aku:
insaf la saudara-saudaraku, senangnya kena hasut. jangan fikir short term, dunia ni macam airport... persinggahan saje, transit ke destinasi, examination, bawak pistol takleh naik kapal terbang, in fact masuk lokap. embrace the reality of this temporariness.

Fundamental understanding: Cubalah doubt Islam kalau berani... the scripture, the messages, the practices, the warnings, the Messenger s.w.t... Islam tidak mengajar kita untuk menerima bulat-bulat walaupun sesetengahnya adalah urusan Allah s.w.t. Kita hendaklah berfikir sendiri... dan tak perlu fikir dasyat-dasyat pun kita akan nampak.

antara yang mudah:
1. jikalau dunia ini adalah suatu coincidence bak kata free thinkers(which do not think freely enough)... kenapa terjadinya kelahiran manusia bersifat sama mesti berjari di tangan, hidung di tengah muka... takkan tak coincidently otak kat punggung (walaupun figuratively ada orang macam ni)? pastu pulak suatu masa dulu coincidently ada satu bintang meletup jadi sumber tenaga besar, tetiba ada daya tarikan graviti, tarik habuk2 dari mana2 tah, bla bla bla dan bla... tup tup coincidently ada life on planet, tahu-tahu jari kita kat tangan, tangan kita kat lengan, rambut kat kepala, bila remaja kita keluar jerawat. you're not explaining the science, just mere methods, even that could probably be wrong, duh! (percaya wujudnya tuhan menguasai alam semesta)

2. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.w.t boleh menyampaikan di dalam Al-Quran pembentukan seorang manusia dari air mani sampailah menjadi bayi di dalam perut 1400 tahun dahulu? Ada mikroskop ke zaman tu? Kepada yang tak belajar sains tu, mikroskop pertama pun 100 tahun lepas, belum lagi yang cukup kuat untuk tengok dalam perut. Dan Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang buta huruf, sama seperti kebanyakan masyarakat zaman tersebut. Description mengenai pembentukan janin tidak dapat diambil dari siapa-siapa pada zaman itu kecuali satu information dari satu entity divine (percaya dengan al-quran dan authenticity-nya)

3. Kenapa Islam memberi panduan dari yang sebesar-besarnya sampailah yang sekecil-kecilnya? Dari kenegaraan, ekonomi sampailah ke basuh najis dan kenapa kita tak boleh makan itu atau ini kita boleh makan, sampailah ke cara sembelih binatang. Ada ke agama lain selengkap ini? (percaya Islam adalah agama yang benar, dan suatu panduan yang lengkap untuk kita hidup di dunia ini, of course, kalau agama itu dari Tuhan yang mencipta alam, takkan Tuhan itu tidak memberi panduan selengkap ini? Fikir......... dan fikir panjang.....)

4. kalau kita dah percaya dengan adanya Tuhan, dan percaya dengan pesanan yang terkandung di dalam Al-Quran... sudah tentu kita percaya dengan akhirat. In fact, kenapa kita di sini (muka bumi) sekarang? Purpose yang orang Islam sahaja yang boleh jawab.

Namun begitu, kita harus percaya dengan limitation akal kita dan kelemahan-kelemahan seorang manusia... berhujah dengan sejumlah kecil ilmu dari seluruh ilmu Allah s.w.t. adalah suatu yang tidak munasabah. Walaubagaimanapun, Al-Quran diturunkan untuk panduan kita hidup di dunia. Akui sesetengah kejadian kita tidak dapat faham kerana akal kita lemah... kenapa kena pakai tudung ke misalnya... ada orang faham, ada orang tidak faham. Ataupun mengimplement undang-undang Islam. Namun bila diperintahkan... Allah Maha Mengetahui.

Bukankah common sense semua ni? Now you have to think.... tinggi mana sangatlah tamadun barat tu... sebab apa? Sebabnya, akal dia tak mampu nak fikir benda-benda di atas. So dia orang kata diaorang bawak tamadun kat Afghanistan? perempuan boleh bukak tudung dah, boleh tengok wayang dll... sesok kat afghan kita ada pelacur balik, sistem kekeluargaan jadi hancur, anak-anak liar sebab sistem keluargaan runtuh, banyak penjenayah sebab banyak anak liar, banyak corruption juga sebab anak liar, corruption ke pembaziran dan penghancuran ekonomi ke kemiskinan ke kehancuran sistem sosial, mismanagement bila pemerintahan bukan dari ahli sesuatu bidang (contoh: menteri sains tak ngaji sains pun) sebab sistem demokrasi mengalakkan sapa pandai ambik hati masyarakat dilantik (berbanding sistem musyuwarah dari kalangan cendekian untuk melantik seseorang ke suatu jawatan) which then leads to chaos at least inefficiency. Now, siapa yang lebih faham tentang sosialiti? tamadun barat?

Nama Islam itu sendiri bermaksud salamah, selamat, ketenangan & kedamaian. Jika kita mengikutinya, kita akan mendapat perkara-perkara sedemikian. Christian hanya untuk kaum Nabi Isa sahaja, Judaism hanya untuk kaum yahudi sahaja... sekarang fikir, kenapa Islam tidak diberi nama Muhammadian? dan tak perlulah kita bincang tentang agama-agama lain yang takde scripture pun... buang masa.

Be a muslim.

p/s: oh ye, kalau kita nak berfikir pun kenalah ada ilmu... ilmu pulak... kena cari. Camana kita nak fuel pemikiran kita tanpa ilmu? Kalau tidak ada makhluk lain yang fueling pemikiran kita.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home