Monday, December 15, 2003

Alamak... heheh mati2 aku ingat takde orang baca diari aku. Ada 2-3 org rupernya. Pulak tu orang yang sama ada 2 brader spyz dan jinggo. (Update lepas pun tak masuk arkib lagi hahahah...jgn kutuk saya tuan). Susah a nak cerita private2 ni. Tapi macamler korang kenal aku ye tak? Kecualilah beberapa orang yang aku terbagitahu aku ada diari. Takpelah, tempat berceloteh... kat mana lagi, takkan kat dinding tepi jalan pastu hip-hop hip-hop ala mutusamy karruppiah? Kerja budus itu...

Okla... demam aku ni rupernya ada episod 2 yang datang seminggu selepas episod pertama. Gara2 tidak habiskan anti-biotik. Tak teruk mana, cuma tekak agak sakit gila sampai takleh makan 3 hari minum milo aje untuk survive. Yang best sekali ialah, hari sebelum aku kena demam tu, aku cakap,"People take granted when they're healthy". That would be me.

Semalam, tengok edisi siasat... pasal budak punk makan sampah tu. Member aku Naim kata, tak acila makan sampah KFC.... makanlah sampah kedai mamak atau kedai cina kalu betul2 punk hehehe.... tengok sapa mati keracunan dulu... itupun ritual yang bagus sebagai seorang ahli punk maut. Tak caya? Cuba rujuk manual Punk 101.
Apa tak pernah baca? Katanya punk? Punky Brewster adaler(cerita kartun budak2).

Aku sekarang update dari PDA je, betul2 wireless la kiranya aku ni. Ingat aku pakai infrared ke nak sambung ke gprs? bluetooth maa.... phone dalam pocket, pda kat tangan dial internet gprs. Tapi aaa... bil gprs saje bulan lepas 300 ringgit oooo... kos gprs je tu. maknanya aku surf 30meg aje. itu baru surf lightly. Teleco malaysia gila nak buat duit!!! Call dari london ke semenanjung lagi murah dari call dari semenanjung ke sabah& sarawak. Apa ni oi?

Aku boleh buat korang baca artikel aku ni 2 kali. tak caya?

Cuba baca balik artikel aku di atas dengan gaya dan nada apek senario dalam iklan south city plaza. hehehe

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home