Wednesday, November 28, 2001

Ok, tujuan aku membuka diari aku untuk tontonan awam ialah kerana aku telah mendapat satu "hint" bahawa aku akan mempunyai ramai peminat. Ramai dalam konteks yang dimaksudkan agak kabur buat masa ini, mungkin jutaan atau ratus ribuan. Tetapi yang pastinya ramai adalah bermaksud lebih besar dari 1.

Oleh kerana jangkaan akan mendapat ramai peminat ini, maka aku yang seronok melayan peminat ini, ingin sampai kepada peminat-peminat aku semua melalui web diari.

Kenapa aku ada hint yang begitu dasyat sekali ini? Oh, ini adalah kerana aku telah bangun pagi tadi dan tengok muka aku yang belum mandi di cermin, dan terfikir, kalau belum mandi pun aku kelihatan agak dasyat, apatah lagi kalau aku dah mandi? Jadinya semantik yang aku susun dalam kepala aku, telah membuat aku "take action" untuk bersedia menghadapi peminat. Agak proaktif aku ni sekiranya korang perasan. Walaupun anda menafikan ia, sebenarnya ada la sikit-sikit.

Ok, disebabkan aku pun kagum dengan diri aku sendiri pada hari ini, mungkin akulah yang akan melawat diari aku ni banyak kali pada hari ini. Nasib baik takde web logger yang akan mengkantoikan aku.

Sekian ucapan pembukaan aku, terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home