Monday, March 17, 2003

Sebagai seorang muslim dan beriman, kita seharusnya membenarkan agama Islam dan mengakui bahawa Islam adalah suatu agama yang lengkap, tiada cacat cela. Kempen monogami yang dilancarkan oleh Gabungan Hak Wanita dalam Islam jelas sekali menghina kebenaran Islam.

Di akal yang cetek, dan beberapa contoh kerosakan rumah tangga akibat poligami, inducenya adalah poligami adalah suatu amalan yang tidak sihat dan tidak mendatangkan kebahagiaan rumahtangga?

Saya ingin meminta bukti bahawa monogami itu sahaja yang mendatangkan kebahagiaan dalam sistem kekeluargaan. Atau terangkan kepada saya, mengapakah Barat yang kononnya mengamalkan sistem perundangan kekeluargaan yang demokratik, mempunyai kadar perceraian 50%. Satu perceraian dalam dua perkahwinan.

Sebuah dokumentari Discovery Channel juga ada membentangkan amalan lelaki dan perempuan simpanan yang meluas di barat. Sila terangkan kepada saya, bagaimanakah HAK KEMANUSIAAN SEORANG PEREMPUAN SIMPANAN?

Jadi, sebelum seseorang itu melatah dengan mengatakan hak kemanusiaan dalam Islam tidak terjaga, saya ingin berpesan bahawa jangan merasakan akal kita yang lemah ini mampu mencabar kebenaran ilmu Allah s.w.t.

Jika kita tidak dapat mengakui Islam itu sebuah agama yang lengkap tanpa cacat cela, maka siapakah kita?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home