Saturday, November 19, 2005

I bet semua orang pernah dengar frasa ni,

"Kaulah jantung hatiku..."

at least kalau bukan dari kekasih sendiri, probably dari drama swasta. Tapi tak kiralah, sebab ayat tu agak popular untuk luahan kepada orang yang disayangi.

Soalan aku berkaitan frasa tersebut ialah.... apa maksudnya?

Adakah orang yang mengatakan ayat tersebut ingin memaksudkan "kaulah jantung kepada hatiku" atau "kaulah jantung DAN hatiku"?

Persepsi pertama, "kaulah jantung kepada hatiku" memberi connotation bahawa jantung kepada hatinya adalah orang tersebut, atau juga boleh memberi makna bahawa dialah penggerak, atau motivasi kepada hati orang tersebut.

Dan persepsi kedua "kaulah jantung dan hatiku" pula memberi ekspresi bahawa orang yang dimaksudkan sama penting seperti jantung dan hatinya.

Tapi honestly aku suka kalau ayat tersebut memberi maksud "kaulah jantung dan hatiku". In fact, bunyi dia lagi sedap dari ayat original "kaulah jantung hatiku".

Yang membawa kita kepada frasa kedua "a blood clot called the heart". Semua orang pernah dengar frasa ni sebenarnya.

Jika baik anggota ini, maka baiklah seluruhnya.