Dah lama betul tak menulis ni, agak sibuk dengan kerja, dan satu lagi dah lupa macamana nak menulis. Sebenarnya hari-hari fikir nak hantar artikel ke website, terutamanya waktu pagi bila tengah dapat idea. Tapi bila sampai je ofis, handphone/telephone/intercom habis semuanya tak berhenti berdering. Staff pun try curi masa aku setiap pagi untuk coordinate kerja dioarang. Q2 2004 nampaknya ikut jadual, alhamdulillah.
Memandangkan sudah lama aku tak menulis, jadi ada beberapa topik yang selalu bermain kat kepala aku. Yang pertama, ingin aku luahkan rasa hormat aku kepada Mufti Besar Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang berani berjuang menyampaikan kebenaran dalam negara Islam kita ni.
Jadi Datuk Seri Harussani telah mengatakan konsert sureHeboh TV3 tu haram, dan ramailah kata dia ni tahu cakap haram/halal je, main bagi fatwa ikut surface point je, tak datang tengok betul2 konsert tu elok ke tak. First things first, memang betul bila orang pergi konsert tu couple2 berpeluk-peluk, naik atas pentas berdakap laki perempuan, leka tengok konsert sampai tinggal sembahyang dan lain-lainlah yang memang tak perlu fatwa pun memang benda tu dah memang haram.
So yang orang komen Datuk Seri Harussani ni, memang tahu benda tu, dan mungkin tak menafikan kelakuan sumbang yang berlaku kat konsert sureHeboh tu. Tapi diaorang jugak cakap konsert tu bagus famili datang dapat luangkan masa dengan anak-anak, hiburan juga diperlukan untuk hilang stress dan macam-macam pendapat dangkal diaorang tu nak justify budak melayu kita ni beromen open kat konsert. Kalau aku, sorila nak bawak anak-anak aku pergi konsert dengan ada orang berkelakuan sumbang, bising lagi, kelam kabut dengan banyak orang, banyak penagih dadah berkeliaran lagi. Sapa nak ambik risiko rosakkan perkembangan intelektual anak sendiri? That's one risk I'm not taking.
Kemudian si Astora Jabat yang ingat dia ulamak moden/alternative yang kononnya dapat translate Islam mengikut perubahan zaman tu tanya, "Ramai ulamak ni tahu cakap haram je, tunjukkanlah hiburan yang halal macamana?". Pehhhh... dia ingat power gila point dia. Aku nak tanya satu benda je, "Si Bodoh mana yang kena ajar camana hiburan yang halal?". Mandi pantai - halal, main bola - halal, pergi Zoo Negara - halal, main badminton depan rumah petang petang lepas balik kerja - halal, pergi jamming - halal, main snooker kalau tak judi pun halal. Itu pun tak tahu dan mintak ditunjuk si Astora bangang ni. Kalau itu pun tak tahu, kenapa la bahlol ni ada ruangan kat Utusan ha?
Apa yang haram bila kita berhibur sampai buat maksiat dan leka masa. Infact buat apa pun kalau leka sembahyang pun haram, termasukla bekerja.
Dan satu lagi point kenapa Astora ni bodoh tak bertempat ialah, sebagai seorang yang mengaku dirinya ulamak atau ilmuwan, kenapa dia response kepada Harussani dengan bertanya tunjukkanlah hiburan yang halal. Seorang ilmuwan akan nampak, bahawa daripada kita focus minta tunjukkan hiburan yang halal, kenapa kita tak sedar bahawa negara kita yang hanya 27 juta orang ni terlalu tertumpu kepada hiburan. Rasanya bangsa kita takkan dapat contribute kepada kemajuan negara kalau program tahunan kita ialah mengeluarkan 1000 orang penyanyi setahun melalui program Akademi Fantasia, Who Will Win, Audition, Bintang RTM, Passport Sinaran dan Malaysian "Dol". Tak cukup ke jendol-jendol yang dah jadi penyanyi tu?
Kalau ramai penyanyi dapat eksport muzik pun takpe jugak, dapatlah naikkan KDNK, ni dok menyemak jadi artis kononnya keluar masuk media nak suruh orang sembah dia tahu segala benda pasal dia? Idolism bodoh. Zaman-zaman MP3 ni pun nak jadi penyanyi.
Melayu lapang otak, perlu dihiburkan selalu. Kalau orang Islam berdoa, tunjukkanlah aku jalan yang benar, orang Melayu mintak, tunjukkanlah aku hiburan yang halal yang padahal saje buat-buat tak tahu. Macam Yahudi tanya Nabi Musa lembu macamana yang nak dicari.
Dalam "negara Islam" kita ni, susah betul nak lawan maksiat.
Wednesday, August 25, 2004
Diari seorang programmer yang dasyat and/or hebat.
Previous Posts
- Seingat aku, memang aku minat dengan fotografi sem...
- pocket blog aku dah takleh run sebab blogger tukar...
- Semalam aku pergi tengok lord of the rings dengan ...
- time-time demam ni, dgn tekak sakit nak telan air ...
- Alamak... heheh mati2 aku ingat takde orang baca d...
- selamat hari raya untuk semua!
- Alhamdulillah selamat pergi dan balik beraya. samp...
- testing updating blog dari PDA
- There is something with what we say, and most prob...
- Soalan: Bilakah 4 - 1 jadi 5? Jawapan: Apabila sat...
Subscribe to
Posts [Atom]
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home