Dalam salah satu sessi angan-angan karut tahap lampau, aku terfikir akulah inventor yang mencipta kereta terbang tanpa menggunakan kipas. Sebaliknya harness potential graviti tapi negate pada suatu tahap keseimbangan 1 meter dari aras tanah.
Kemudian aku telah diinterview oleh surat khabar:
Surat khabar: Bagaimanakah anda mendapat ilham untuk mencipta kereta terbang?
Aku: Saya mendapat ilham untuk mencipta kereta terbang sebab saya selalu jam pagi-pagi bawak kereta.
SK: Saya rasa orang lain pun jam pagi-pagi?
Aku: Ye ke? Dahtu kenapa diorang tak pernah nak buat kereta terbang? Saya memang dapat ilham sebab jam.
SK: Pelik.
Aku: Engkau la pelik.
p/s: ops ada meeting la... tak sempat nak habis cerita.
*sambungan lepas meeting ->
SK: Maksud saya pelik anda dapat ilham sebab jam. Exactly macamana terbentuk ilham tu sebab jam?
Aku: Macam ni. Satu pagi saya bawak kereta macam biasa. Sampai kat satu jalan, kereta semua tetiba perlahan... pastu brek. Saya pun perlahan dan brek. Jadi jamlah saya di situ. Dalam setengah jam merangkak-rangkak... dan mula rasa annoying gila jam ni... saya pun terfikir, "Kalau buat kereta terbang ni bagus ni, dapat elak jam". Jadi di situlah idea saya timbul dalam membuat kereta terbang.
SK: Soalan seterusnya errr.... betulke awak buat kereta terbang? (kerut-kerut)
Aku: Abis tu engkau?
SK: Tidakla... hehe tapi kereta terbang awak terbang 1 meter je dari tanah? Macamana boleh elak jam?
Aku: Itu belum version elak jam lagi... itu version kereta tak perlu tayar. Version elak jam aku tengah study lagi cara-cara hendak mengelak jam. Kengkadang kita boleh elak jam kalau kita lalu ikut kawasan-kawasan perumahan.
SK: errr... ok...
Aku: Persoalan sekarangnya, sapa yang reka jam pagi-pagi ni?
SK: (bangun dan melarikan diri)
Wednesday, February 27, 2002
Diari seorang programmer yang dasyat and/or hebat.
Previous Posts
- Have people lost their confidence in the local uni...
- Aku nak tukar bank aku. Tak tahan dah dengan BCB. ...
- Actually, kita selalu dengar orang berkata-kata pa...
- Selepas beberapa jam mengadakan mental session pen...
- I overdid again, it's 6 am and still very much wid...
- If you bet I was joking on the job opening, you be...
- I'm back from vacation/business trip there's no va...
- The Evolution Deceit Most of the people who pion...
- Sleep. Sleep will not come, to this tired body now...
- Apa cerita mensa malaysia? I thought it was a club...
Subscribe to
Posts [Atom]
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home